Thursday, 30 April 2015

TAMAN KLCC


Kos pembinaan taman KLCC adalah RM 200 juta dengan menggunakan konsultan dari Brazil.
MAS lantik Christoph Mueller sebagai CEO bagi memulihkan organisasi MAS mendapat kritikan. Katanya, kita sudah tak percaya idea org tempatan.
Begitulah kita sebagai manusia.
Jika dia sendiri buat, dia definasikan sebagai : "mengambil idea luar demi kebaikkan negara"
Jika org lain buat, dia akan kata : "Tidak percaya kepada idea tempatan"
----
Apapun Taman KLCC itu adalah tempat riadah yg sgt cantik. Terima kasih kepada mantan PM, Tunku AbdulRahman kerana membina taman KLCC.

TUAN IBRAHIM : CGT VS GST

1- Kurang pasti matlamat hidup pak lebai ni. Adakah dia sedar bahawa CGT itu juga cukai? Bukankah mereka ini yg mengharamkan cukai?

2- CGT juga adala dilaksanakan di kebanyakkan negara. Kebanyakkan negara melaksanakan CGT setelah GST dilaksanakan. Maknanya, ianya adalah cukai tambahan menampung keperluan negara.

3- CGT dikenakan kepada segala bentuk equity termasuk simpanan ASB, KWSP dll. Anda marah kerajaan "pinjam" KWSP utk perlaburan. Tapi ada suka ianya "diambil"?

4- Jika anda kata GST itu zalim, ketahuilah definasi "miskin" dalam Islam adalah mereka yang tidak berkemampuan membeli barang-barang keperluan. Walhal, GST dikecualikan cukai kepada barangan keperluan.

5- Percayalah, CGT lebih menzalimi rakyat. CGT adalah satu bentuk cukai yg menghukum mereka yg lebih berusaha. Lebih kuat anda bekerja mencari pendapatan, lebih banyak cukai dikenakan. Sebaliknya GST adalah satu bentuk cukai yang mendidik rakyat berjimat. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda dikenakan cukai. Dengan kata lain, si pemboros akan di hukum.

6- Saya mempunyai harapan agar pak lebai belajar untuk fahami sesuatu isu. Bukan menghentam sembrono. Bukan fokus kerajaan untuk menambahkan pendapatan lebih banyak. Tetapi sistem GST adalah lebih telus, efisyen, dan sistematik. GST adalah kaedah mengatasi ketirisan di dalam SST.


TANAH KLCC


Ada org marah. Dia tulis dalam blog. Dia kata Najib rugikan negara.
Dia kata, adakah patut tanah di Sungai Besi di jual dgn harga bawah pasaran kepada 1 MDB? Walhal, lapangan terbang tu di ganti tapaknya di Negeri Sembilan yg mana keluasan tanahnya 2 kali ganda. Bukan itu sahaja, 1MDB majukan lagi tanah tersebut.
Dia terlupa.
Tanah KLCC di beli oleh Ananda Krishnan dgn harga RM 300 juta. Setahun selepas itu, dipaksa Petronas membeli tanah tersebut dgn harga RM 900 juta. Walhal itu adalah gelanggang lumba kuda.
Kita makin lama makin berusia. Kadang2 kita lupa apa yg pernah kita buat mahupun tulis.
Aku harap 10 tahun lagi aku dapat pakai kereta proton sehebat Lamboghini.

Wednesday, 29 April 2015

TUN MAHATHIR, TRX & LAPANGAN TERBANG SG BESI


".. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit."

- Tun Dr Mahathir

----

1- Menurut Tun M, pembelian 495 ekar tanah di bekas lapangan terbang Sungai Besi TUDM (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM 363,5 juta iaitu: RM 91.00 setiap kaki persegi. Anggaran nilai RM1,000 sekaki persegi. 

2- Pembelian 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak untuk RM320 juta iaitu: RM64.00 skp. Tanah lalu dijual di kawasan itu pada RM7,000 kaki persegi. Ini seterusnya menyumbang kepada kerugian kepada negara iaitu RM 25 billion. Benarkah dahwaan beliau?

3- Banyak fakta yang boleh diragui. Kurang pasti dari sumber mana beliau memperolehi nilai hartanah terkini dan juga harga jualan kaki per segi dari kerajaan kepada 1 MDB.

4- Saya percaya 1MDB juga tidak akan mendedahkan segala maklumat rasmi kepada umum untuk kebaikkan syarikat. Tak semua perkara boleh di dedahkan. Namun kita beranggapan sumber Tun M adalah benar. 



5- Tun M hanya melihat satu sudut pandang sahaja iaitu pembelian nilai tanah yg murah berbanding harga pasaran. Namun beliau langsung tidak menyebut tentang 3 perjanjian yg dimeterai pada 15.6.2011 iaitu : 

  • Perjanjian pertama ialah dengan Suruhanjaya Tanah Persekutuan, iaitu bagi pemindahan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada 1MDB, 
  • Perjanjian kedua dengan Menteri Besar Diperbadankan Negeri Sembilan bagi pembelian tanah seluas 300 hektar di Sendayan yang akan berfungsi sebagai tapak ganti bagi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 
  • Perjanjian ketiga pula ialah bagi membangunkan lapan tapak ganti untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. 
6- Maknanya, pengambil-alihan tanah dari lapangan terbang Sg Besi telah digantikan kepada suatu kawasan yang lain iaitu di Sendayan Negeri Sembilan yang mana keluasannya adalah hampir dua kali ganda. Bukan itu sahaja, 1MDB juga akan membangunkan kawasan gantian tersebut menjadikan kem pertahanan negara lebih moden. Jika benarlah harga belian jauh lebih murah dari harga pasaran, bukankah ianya sangat berbaloi? 

7- Lebih menarik, TRX yang berkeluasan 28.33 hektar mempunyai saiz yang hampir sama dengan KL Sentral akan dilengkapi stesen MRT terbesar di Kuala Lumpur. Seluas 6.88 hektar tapak TRX akan di bina hotel, tiga menara kediaman dan pusat beli-belah dengan GDV dianggarkan RM8 bilion. 

8- Bandar Malaysia pula yang melibatkan kawasan seluas 202.3 hektar di tengah bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi hab komersial, budaya, pendidikan, sosial dan pengangkutan yang mesra alam. Kereta api berkelajuan tinggi ditempatkan di situ, ini akan dihubungkan dengan MRT bersama pusat beli-belah Pavilion KL, KLCC, hotel termasuk pembinaan rumah mampu milik. Bukankah ini pelan perancangan pembangunan yang sangat mengkagumkan menjadikannya sebuah Pusat Bandar yang canggih dan serba moden? 

9- Orang sentiasa beranggapan hari ini dapat tanah terus boleh dibangunkan sedangkan ia melibatkan banyak kerja yang perlu diselesaikan pada peringkat awal seperti pengalihan tapak pengkalan tentera di Sungai Besi, mendapatkan kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan berbincang dengan pihak Telekom Malaysia atau Indah Water Konsortium. Ianya memerlukan masa. Dan adalah tidak adil jika Tun M ingin melihat kesemua itu dalam masa 4 tahun. 

10- KLCC juga mengambil masa 7 tahun untuk siap dibina. Bersabarlah Tun.

Dr Aznil Hisham 
29.4.2015

PENGASINGAN KLINIK DAN FARMASI


Oleh: Dr Aznil Hisham

PENGASINGAN KLINIK DAN FARMASI (Dispensing Separation)

Benar apa yang diperkatakan bahawa ubat-ubatan di farmasi adalah lebih murah dari apa yang di jual di klinik. Selain bayaran khidmat perunding (consultation charges) yang di kenakan, ada sesetengah klinik swasta turut mengenakan bayaran sekitar RM 15.00 – 30.00 untuk setiap kali mendapatkan rawatan. Malah ada klinik langsung tidak mengenakan “consultation charges” kerana kebanyakkan kos dimasukkan dalam pembelian ubat-ubatan.


Kebaikkan Pengasingan

1- Kita ingin mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Maka taraf kesihatan kita juga perlu di pertingkatkan sejajar dengan dasar negara.

2- Dahulunya, kita hanya mempunyai pembedahan am namun pada ketika ini ia telah dipisahkan menjadi neuro-surgery (pembedahan saraf), gastro-surgery (pembedahan perut/usus), vascular-surgery, breast surgery (pembedahan payudara) dan sebagainya. Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain. Malah dalam jabatan saya sendiri, nuclear medicine sudah diasingkan dari Radiology dan tidak lama lagi, intervention Radiology juga akan berpisah dengan radiology.

3- Dalam erti kata lain, untuk mencapai penjagaan kesihatan yang baik (good quality healthcare), rakyat perlu bersedia menerima corak perubahan dalam sistem kesihatan negara.

4- Ahli farmasi (Pharmacists) adalah entiti yang cukup penting dalam dunia kesihatan, ini kerana mereka sangat berhati-hati dalam bidang tersebut. Malah para doktor turut memerlukan khidmat nasihat ahli farmasi berhubung perkara yang berkaitan ubat-ubatan kerana itu merupakan kepakaran mereka.

5- Memang benar, ada sesetengah doktor yang menentukan (prescribe) ubat-ubatan di bawah subtherapeutic dose, terutama dalam kes berkaitan paediatric (perubatan kanak-kanak). Maka, khidmat nasihat ahli farmasi sangat penting di sini.

6- Terdapat beberapa kajian yang dijalankan di United Kingdom, menunjukkn bahawa “dispensing separation” (pengasingan antara klinik dan farmasi) akan menyebabkan para pesakit lebih menghargai ubat-ubatan yang diberikan (increased medication compliance) atas faktor kerana kesukaran utk mendapatkan bekalan.

7- Lebih menarik, ia mampu mengurangkan perbelanjaan negara yang mencecah hampir berbillion ringgit disebabkan pembelajaran yang betul (proper drug education and safety of medication to public).

6- Menurut pandangan saya, cadangan untuk pemisahan antara klinik dan farmasi ini adalah merupakan langkah yang baik dan perlu dilihat dalam skop yang luas demi untuk memperbaiki mutu kesihatan negara.


Kontra Pengasingan

1- Yang menjadi isu utama dalam perdebatan ini adalah kos dan pengurusan masa yang efektif (cost & time-effective)  sama ada ia berbaloi dan adil kepada pengguna?

2- Pengasingan antara Klinik dan Farmasi ini, sudah lama di amalkan di dalam klinik-klinik kerajaan. Namun apabila menyentuh kepada sektor swasta, masalah yang melibatkan kos bakal menjadi isu yang diperdebatkan.

3- Perlu di ingatkan bahawa, sektor swasta memainkan peranan yang cukup penting dalam mengurangkan beban tugas kerajaan. Maka kebajikan mereka juga perlu dipelihara.

4- Sekiranya pemisahan ini dilaksanakan, sudah pasti ia akan menjejaskan punca pendapatan utama klinik di negara ini. Maka, sudah pasti bayaran khidmat nasihat (consultation charge) bukan lagi RM 15.00 – 30.00 kerana sudah pasti ia akan meningkat sekitar RM 80.00 – 100.00 untuk setiap temujanji. Persoalannya siapa yang akan menaggung kos tersebut?

5- Setelah memperolehi preskripsi dari doktor, pesakit terpaksa pula pergi ke farmasi untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya terdapat masalah dalam preskripsi/ kehabisan bekalan ubat, pesakit perlu kembali ke klinik asal atau mendapatkan ubat di farmasi yang lain.

6- Bukankah ini akan melibatkan kos dan pengurusan masa yang efektif?

7- Jika pada awalnya saya ada mengatakan bahawa ubat di farmasi lebih murah berbanding klinik namun sekiranya anda melihat kepada senario yang di bincangkan tadi (bayaran khidmat nasihat sekitar RM 100 + mencari farmasi), adakah ianya berbaloi?

8- Tambahan pula, sehingga kini, masih belum ada mana-mana farmasi di negara ini yang beroperasi selama 24jam sebagaimana klinik.

9- Saya juga sangat yakin bahawa pemilik-pemilik juga akan berasa gembira dengan cadangan ini kerana mereka tidak perlu lagi memikirkan tentang pengurusan ubat-ubatan yang rumit. Malah mereka juga akan bebas dari ‘medico-legal issue’ yang disabitkan berkenaan dengan ubat-ubatan.


Cadangan

1- Sebelum isu “dispensing separation” timbul, sudah wujud isu mengenai perkhidmatan x-ray di klinik-klinik swasta. Antara perkara yang dibangkitkan adalah pelindungan radiasi (radiation protection) dikalangan kakitangan dan juga pesakit. Malah ada sesetengah kes, disebabkan kualiti paparan x-ray yang teruk telah menyebabkan doctor tersilap membuat pemeriksaan.

2- Ini kerana kakitangan (tidak semua) yang membuat pemeriksaan x-ray di klinik terdiri daripada mereka lepasan SPM yang tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai perlindungan radiasi. Akibat dari itu, perdebatan berlaku agar lesen pemeriksaan x-ray di tarik balik dari klinik-klinik swasta.

3- Namun akhirnya, kata sepakat telah tercapai. Klinik boleh meneruskan perkhidmatan x-ray dengan beberapa syarat :
a. Pastikan klinik berkenaan mempunyai seorang juru x-ray yang bertauliah dengan taraf pendidikan sekurang-kurangnya kelulusan diploma.
b. Pemantauan harus di lakukan oleh pemilik klinik.
c. Pemilik klinik dan juru x-ray berkenaan perlu menghidir kursus-yang telah ditetapkan oleh CME (continuing medical education)
d. Akan ada pemeriksaan berkala dan audit yang dijalankan terhadap klinik-klinik yang berkenaan.

4- Maka saya ingin mencadangan agar pendekatan dan kaedah yang dinyatakan itu diguna pakai dalam isu “pengasingan klinik dan farmasi ini.

5- Isu pokok.
Pharmacists – safe medication to public
Doctors & patients – Cost & time effective
– maka cadangan di atas adalah yg terbaik (win- win situation).


Kesimpulan

1- Pengasingan klinik dan farmasi ini adalah merupakan satu cadangan yang baik namun untuk merealisasikan cadangan tersebut memerlukan persediaan di kalangan rakyat.

2- Ini kerana apabila negara telah mencapai status negara berpendapatan tinggi, perlaksaan cadangan ini mungkin boleh di fikirkan.

3- Walau apapun kerajaan perlu menyediakan langkah awal (bermula dari sekarang) bagi memastikan negara mampu memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

4- Sebagai contoh Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST (Good and Service Tax) mula di perkenalkan pada tahun 1972 di Malaysia. Namun selepas hampir 40 tahun (setelah ditangguhkan beberapa kali) kerajaan akhirnya bersetuju untuk melaksanakannya. Itupun masih ada sebilangan rakyat yang masih tidak memahami mengenainya.

“Public start becoming educated healthcare consumers in order to get effective and economical healthcare services.”

28.9.2015

WARGAASING & GST


  1. Berborak dengan seorg fellowship dari Indonesia. Dia seorg pakar perubatan di Indonesia. Datang ke Malaysia utk sambung subspeciality.
  2. Selama sebulan beliau berada di Malaysia, beliau mengikut isu2 dalam negara melalui akhbar dan facebook.
  3. Beliau agak heran dgn segelintir rakyat Malaysia yg melakukan kerosakkan kepada negara gara2 GST 6%, walhal rakyat Malaysia menikmati 98% subsidi kesihatan dan 95% subsidi pendidikan.
  4. Rakyat negara beliau sanggup meredah lautan mendapatkan rawatan di negara ini. Kita apabila mendapatkan rawatan dari Gleneagles Hospital pun dah kecut perut dgn kos2 rawatan. Mereka pula, perkhidmatan di Gleneagles Hospital lebih berbaloi dan murah berbanding di negara mereka.
  5. Gaji beliau selaku pakar di Indonesia hanya RM 2300. Jauh lebih rendah dari purata pendapatan seisi rumah Malaysia. Akibat dari itu, beliau dan rakan2 terpaksa berkerja di hospital swasta demi menambahkan pendapatan beliau
  6. Beliau ada berpesan. Sesiapa yg rasa tak suka dengan polisi di Malaysia, beliau mohon utk tukar warganegara dengan beliau secara suka sama suka.
  7. Nanti aku tanya dia. Mungkin boleh bagi sedikit sagu hati RM 5000 berserta GST 6% sebagai tanda terima kasih.
28.9.2015

TUN MAHATHIR : SURAT TERBUKA


Ayahanda Tun M,

  1. Beberapa hari ni sy berfikir dengan persoalan ayahanda Tun kepada DS Najib. Saya menjadi kurang faham kenapa ayahanda bertanyakan sesuatu yg telah di jelaskan.
  2. Ayahanda yg saya kenal seorg yg senantiasa membaca dan tekun dalam mencari info. Namun persoalan2 ayahanda tak menggambarkan ayahanda sepertimana yg sy gambarkan. Kenapa?
  3. Ayahanda yg saya kenal seorg yg akan mempersoal sesuatu yg mempunyai asas yg kukuh. Tetapi menyoal kes Altantuya yg telah pun selesai di mahkamah amat mendukacitakan. Sikap ini adalah serupa dengan penyokong2 PR yg tak berotak. Kenapa?
  4. Ayahanda yg sy kenal sgt lantang mengkritik. Saya juga tahu bahawa ayahanda amat tidak bersetuju dengan 1 MDB. Ketahuilah ayahanda, segala persoalan ttg 1 MDB sudah dijawab. Ketahuilah ayahanda, 1 MDB masih dalam tempoh kematangan. Berilah masa. Sedangkan proton yg di terajui ayahanda kini juga masih belum lagi mencapai tahap kematangan sejak tahun 1983.
  5. Ayahanda yang saya kenali seorg yg dapat membaca pergerakkan musuh. Ayahanda tahu bagaimana mematikan langkah musuh. Ayahanda juga tahu, musuh kini adalah berbeza dgn dulu. Musuh yg parti hadapi akan memutar belitkan setiap kenyataan para menteri termasuk kenyataan ayahanda. Sekarang ayahanda meminta DS Najib memjelaskan sendiri kepada umum. Adakah ayahanda tidak sedar langkah itu bakal menyebabkan DS Najib terjerat? Kejahatan pembangkang kini 10 kali teruk dari zaman ayahanda. Mereka sudah tak tahu nak beza antara halal dan haram. Tidak kah ayahanda sedar?
  6. Ayahanda yg saya kasihi. Menurut ayahanda, BN akan hilang kuasa pada PRU 14. Menurut ayahanda kepimpinan di bawah DS Najib sgt lemah berbanding Pak Lah. Sedarkah ayahanda bahawa apa yg DS Najib lakukan adalah pembersihan "najis" yg ayahanda tinggalkan?
  7. Benar ketika PRU 13, keputusan lebih teruk dari PRU 12, Namun tidakkah ayahanda lihat bagaimana org melayu lebih bersatu berbanding zaman ayahanda?
  8. Tidakkah ayahanda lihat pada PRK Kajang dan Teluk Intan menunjukkan rakyat mula mempercayai kepimpinan DS Najib?
  9. Tidakkah ayahanda lihat pertumbuhan ekonomi negara baik walaupun negara dilanda serangan ekonomi dunia dan musibah?
  10. Tidakkah ayahanda tahu bahawa penilaian ketika kesukaran itu lebih significant?
  11. Ayahanda berkata sesuatu yg tidak baik tentang GST. Namun saya terima pendapat ramai bahawa itu hanya sarcasm dari ayahanda. Namun, kenapa persoalan2 ini muncul ketika hari pertama GST dilaksanakan? Adakah itu disengajakan?
  12. Jika ayahanda kata banyak scandal2 DS Najib tak terjawab, saya juga boleh tanya kenapa ayahanda mengambil tindakkan memecat Anwar pada 1998 walhal ayahanda tahu sejak 1993? Bagaimana scandal2 ayahanda yg menjadi persepsi rakyat hingga kini? Ianya masih tak terjawab.
  13. Ayahanda yg sy kasihi. Ketahuilah, tak semua persoalan perlu di jawab. DS Najib adalah hak kami. Kami mahu dia bekerja untuk kami. Tugas beliau adalah menjaga negara utk kami. Bukan menjawab persoalan2 yg telah pun di jawab.
  14. Menukar kepimpinan setiap kali kita rasa tak sesuai bukan satu langkah yg bijak. Ianya merugikan negara. Sudah pasti setiap pertukaran kepimpinan akan melalui dasar yg baru. Ianya membuang masa.
  15. Teguran ayahanda sgt diperlukan tapi janganlah sampai memberi peluru kepada musuh. Itu didikan yg salah. Sy sayang pada negara sebagaimana ayahanda. Namun sy tak bersetuju dgn cara ayahanda mengambil pendekatan memusnahkan negara dan bina kembali. Sy lebih suka memperkuatkan apa yg lemah.
  16. Pembangkang kini berada dalam keadaan yg paling lemah. Sepatutnya inilah masa kita bersatu. Bukan berpecah belah.

Summary
Masih ingatkah kata2 ayahanda ini? Ianya masih segar dalam ingatan saya.
"Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.
Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar"..
Malangnya ayahanda lupa...

28.9,2010