Wednesday 29 April 2015

TUN MAHATHIR : KISAH HIJJAJ


SURAT PENJELASAN UTK AYAHANDA TUN MAHATHIR
Surat terbuka kepada Tun Mahathir menyebabkan ramai sahabat dari Pro Tun begitu tak senang hati dan memaki hamun saya seolah-olah saya adalah pembangkang.
Saya ingin jelaskan sekali bahawa saya sangat menyanyangi Tun tetapi kasih saya lebih kepada negara.
Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, biar saya cerita kisah kekejaman gabenor di zaman Dinasti Ummayah iaitu Hajjaj bin Yusof at Tsaqafi dibawah pimpinan Khalifah Abdul Malik
KEJAHATAN HAJJAJ
  1. Hajjaj telah membunuh ribuan jiwa, memenjara ratusan ulama’ dan menghinakan para sahabat. Ketika dia memasuki Makkah setelah mengepungnya selama 6 bulan, dia berkata: “Aku seolah-olah melihat kepala mereka (rakyat Makkah) berguguran ke bumi dari leher mereka”.
  2. Hajjaj telah membunuh tokoh umat Islam seperti An Nu’man ibn Basyir, ‘Abdullah ibn Shafwan, Imarah Ibn Hazm dan Sa’id ibn Jubair. Ibnu Zubair yang menjadi Khalifah Negara Hijaz juga dibunuh dan disalib. Kemudian Hajjaj mengkuburkan beliau di perkuburan Yahudi. Hajjaj juga menyebarkan fitnah ke tengah umat Islam dengan mengatakan Ibnu Zubair adalah lelaki keji dan hina. Setelah beliau menemui Asma’ Binti Abu Bakr, ibunya Ibnu Zubair seraya Asma’ membacakan sebuah hadith kepada Hajjaj, Asma’ berkata:“Sesungguhnya Rasulullah saw berkata kepada kami bahawa di Tsaqif ada seorang pendusta dan seorang perosak. Pendusta itu (Mukhtar Bin Ubaid as Tsaqafi) telah kita ketahui sedangkan perusak itu adalah orang yang kau berikan ketaatan (Dinasti Umayyah di Bawah Khalifah Abdul Malik)” (H.R Muslim)
  3. Hajjaj telah membunuh 120000 orang yang kebanyakan adalah ‘ulama dan orang-orang shalih. Ketika dia meninggal, masih ada sekitar 80000 jasad yang ditemukan di penjaranya.
  4. Cerita kekejaman Hajjaj boleh dibaca dalam kitab Al Isti’aab (Ibn ‘Abdil Barr), Al Kamil Fit Tarikh (Ibn Al Atsir), Al Bidayah (Ibn Katsir) dan At Tarikh Ibn Khaldun.

MENGAPA SAHABAT MASIH MENTAATI HIJJAJ?
  1. Para sahabat dan tabi’in tetap tidak melepaskan bai’at kepada Dinasti Umayyah walaupun mereka dizalimi? Kenapa mereka masih taat?
  2. Ibn Umar berkata: “Sesungguhnya aku mengikrarkan bahawa aku mendengar dan taat kepada Abdullah iaitu Abdul Malik Amirul Mukminin di atas Sunnatullah dan Sunnah Rasul-Nya semampuku. Dan sesungguhnya anak-anakku juga telah mengikrarkan seperti itu” (H.R Bukhari)
  3. Jelas Ibn Umar tetap memberi bai’at kepada Khalifah Abdul Malik Bin Marwan walaupun mengetahui bahawa Hajjaj at Tsaqafi melakukan kezaliman. Begitu juga dengan Ibn Abbas yang tetap tidak memisahkan diri dari Hajjaj.
  4. Abu Hamzah merupakan seorang tabi’in berkata: “Ketika sampainya berita kepadaku tentang pembakaran Ka’abah (oleh tentera Hajjaj) aku menuju ke Makkah. Aku berkali-kali menemui Ibn Abbas sehingga beliau mengenaliku dan menyanyangiku. Kemudian aku mencaci-maki Hajjaj di depan Ibn Abbas maka beliau berkata: 'Jangan engkau menjadi pengikut syaitan’”.(H.R Bukhari)
  5. Oleh kerana para sahabat masih tetap tidak mahu memberontak, dan terus menerus bersama-sama penguasa, disamping menasihati mereka secara sembunyi-sembunyi; maka apakah yang menyebabkan mereka bersikap sebegitu?
  6. Apakah kerana bodoh? Penjilat? Tidak memiliki siasah Islamiyah?

SUMMARY
  1. Walaupun Hijjaj telah membunuh para sahabat, menyerang Makkah dan membakar Ka’abah, melanggar perintah Rasulullah saw dan kemudian membekukan Hudud kerana takut hukuman itu dikenakan atas diri mereka, Para sahabat yang masih hidup tetap bersama-sama dengan mereka.
  2. Sebenarnya sahabat telah diperingtkan oleh Rasulullah saw untuk tetap bersama-sama pemerintah zalim dan tetap bersabar dengan mereka. Sahabat bertanya:
  3. “Wahai Rasulullah, kami tidak bertanya tentang ketaatan kepada penguasa yang bertaqwa tetapi penguasa yang berbuat begini dan begini – dia (Abi Bin Hatim) menyebutkan kejahatan-kejahatan.
  4. Maka Rasulullah saw bersabda: Bertaqwalah kepada Allah, dengar dan taatlah kamu kepadanya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Ashim, hasan li ghairihi)
  5. Kejam bagaimana pun Hajjaj, namun para sahabat masih tetap solat bersama dia. Sampai-sampai Hassan Al Basri menasihatkan rakyat untuk tetap mendengar dan taat kepadanya.
  6. Malah sebuah perkataan yang cukup mashyur telah diucapkan olehnya: “Sesungguhnya Hajjaj adalah azab dari Allah Ta’ala, maka janganlah menghindar azab Allah dengan tangan kalian. Tetapi wajib bagi kalian untuk taubat dan kembali kepada Allah dengan merendah”.
  7. Jika Hajjaj yang zalim hanya merupakan gabenor lantikan khalifah Abdul Malik dari Bani Umayyah tetap ditaati sahabat dan para tabiin, yang mana mereka generasi yg mengenali Rasulullah dan paling memahami Quran dan hadis, siapakah pula kita hendak menggugurkan ketaatan terhadap DS Najib yg dilantik oleh YDPA?

----
KESIMPULAN :
1- Sekarang jelas, KETAATAN kita kepada pemerintah bukan sahaja kepada YDPA tetapi perdana menteri dan menteri - menteri yang dilantik. Dan Islam tidak mengajar kita kekal taat kepada bekas pemimpin.
2- Sekiranya 3 orang musafir bersama-sama, wajib dilantik seorg dilakangan mereka itu sebagai ketua dan taat kepada beliau. Indahkah Islam?
3- Maka, ayahanda Tun M, nasihat dan kritikan ayahanda amat kami hargai. Namun lakukanlah dgn cara yg elok dan terbaik. Bukan secara terbuka.
4- Ayahanda telah lakukan perkara yg sama kepada Pak Lah adakah BN semakin kuat dan kukuh selepas itu? Adakah jatuh menjatuhkan pemimpin boleh memberi impak baik dalam negara?
5- Moga ayahanda Tun dapat menghayati penjelasan isi hati saya. Cukup lah perpecahan yg lalu. Jangan dibina perpecahan yg baru. Yang salah diperbaiki bersama2. Jika DS Najib tidak turuti, kita berdoa agar apa keputusan DS Najib adalah yang terbaik utk negara dan rakyat

28.4.2015

No comments:

Post a Comment