Wednesday 29 April 2015

TUN MAHATHIR, TRX & LAPANGAN TERBANG SG BESI


".. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit."

- Tun Dr Mahathir

----

1- Menurut Tun M, pembelian 495 ekar tanah di bekas lapangan terbang Sungai Besi TUDM (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM 363,5 juta iaitu: RM 91.00 setiap kaki persegi. Anggaran nilai RM1,000 sekaki persegi. 

2- Pembelian 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak untuk RM320 juta iaitu: RM64.00 skp. Tanah lalu dijual di kawasan itu pada RM7,000 kaki persegi. Ini seterusnya menyumbang kepada kerugian kepada negara iaitu RM 25 billion. Benarkah dahwaan beliau?

3- Banyak fakta yang boleh diragui. Kurang pasti dari sumber mana beliau memperolehi nilai hartanah terkini dan juga harga jualan kaki per segi dari kerajaan kepada 1 MDB.

4- Saya percaya 1MDB juga tidak akan mendedahkan segala maklumat rasmi kepada umum untuk kebaikkan syarikat. Tak semua perkara boleh di dedahkan. Namun kita beranggapan sumber Tun M adalah benar. 



5- Tun M hanya melihat satu sudut pandang sahaja iaitu pembelian nilai tanah yg murah berbanding harga pasaran. Namun beliau langsung tidak menyebut tentang 3 perjanjian yg dimeterai pada 15.6.2011 iaitu : 

  • Perjanjian pertama ialah dengan Suruhanjaya Tanah Persekutuan, iaitu bagi pemindahan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada 1MDB, 
  • Perjanjian kedua dengan Menteri Besar Diperbadankan Negeri Sembilan bagi pembelian tanah seluas 300 hektar di Sendayan yang akan berfungsi sebagai tapak ganti bagi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 
  • Perjanjian ketiga pula ialah bagi membangunkan lapan tapak ganti untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. 
6- Maknanya, pengambil-alihan tanah dari lapangan terbang Sg Besi telah digantikan kepada suatu kawasan yang lain iaitu di Sendayan Negeri Sembilan yang mana keluasannya adalah hampir dua kali ganda. Bukan itu sahaja, 1MDB juga akan membangunkan kawasan gantian tersebut menjadikan kem pertahanan negara lebih moden. Jika benarlah harga belian jauh lebih murah dari harga pasaran, bukankah ianya sangat berbaloi? 

7- Lebih menarik, TRX yang berkeluasan 28.33 hektar mempunyai saiz yang hampir sama dengan KL Sentral akan dilengkapi stesen MRT terbesar di Kuala Lumpur. Seluas 6.88 hektar tapak TRX akan di bina hotel, tiga menara kediaman dan pusat beli-belah dengan GDV dianggarkan RM8 bilion. 

8- Bandar Malaysia pula yang melibatkan kawasan seluas 202.3 hektar di tengah bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi hab komersial, budaya, pendidikan, sosial dan pengangkutan yang mesra alam. Kereta api berkelajuan tinggi ditempatkan di situ, ini akan dihubungkan dengan MRT bersama pusat beli-belah Pavilion KL, KLCC, hotel termasuk pembinaan rumah mampu milik. Bukankah ini pelan perancangan pembangunan yang sangat mengkagumkan menjadikannya sebuah Pusat Bandar yang canggih dan serba moden? 

9- Orang sentiasa beranggapan hari ini dapat tanah terus boleh dibangunkan sedangkan ia melibatkan banyak kerja yang perlu diselesaikan pada peringkat awal seperti pengalihan tapak pengkalan tentera di Sungai Besi, mendapatkan kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan berbincang dengan pihak Telekom Malaysia atau Indah Water Konsortium. Ianya memerlukan masa. Dan adalah tidak adil jika Tun M ingin melihat kesemua itu dalam masa 4 tahun. 

10- KLCC juga mengambil masa 7 tahun untuk siap dibina. Bersabarlah Tun.

Dr Aznil Hisham 
29.4.2015

6 comments: